Tuesday, 30 December 2014

Pada 29 /12/14   (Jam 1;30 tengah hari)

  1. Kami telah mengadakan pejumpaan antara ahli kumpulan yang bertujuan untuk menetukan lokasi yang bakal kami lawati sebagai tempat untuk menyoal berkaitan agendi-agensi yang membantu dalam sektor pertanian dan juga perniagaan

     2. Antara agensi yang bakal kami lawati ialah seperti:

  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
  • Agrobank
  • Jabatan Pertanian 
    3. Kami merancang untuk melawat pada:
  •  30/12/14 
  • Pada jam 9 pagi 
  • Dengan jumlah ahli kumpilan yang terlibat ialah seramai 5 orang 



Monday, 29 December 2014

BERSAMA MENTOR BAGI PERNIAGAAN KAMI

Biodata

   

              Mejang anak Semada



              Pengeluar dan membekal hasil
               pertanian penternakan segar dan berkualiti

      

               Lokasi tapak kebun: 10 acres
               agriculture land, Lot 181, Kampung Bukit Sinai, Batu 14, Jalan Bintulu-Miri,
                Bintulu

       

                Hasil pertanian yang dikeluarkan
                ikan keli

·       

Nama syarikat yang ditubuhkan
adalah Bethsaida Blessed Trading


Sebelum memulakan perniagaan, Encik Mejang

telah bekerja di pelantar minyak hingga tahun 1986. Ketika berumur 35 tahun, Encik
Mejang telah berhijrah ke Bintulu dan beliau menanam sayuran seperti halia dan
lain-lain bagi memperoleh pendapatan kerana tidak mendapat pekerjaan yang
sesuai. Setelah beberapa tahun, beliau merancang untuk memulakan perniagaan
ikan keli.


Pada permulaan perniagaan ikan keli, Encik

Mejang menggunakan modal sendiri daripada hasil penjualan sayur-sayuran. Modal
yang digunakan adalah sebanyak RM 24,000.00 untuk pembinaan kolam ikan iaitu
sebanyak 20 kolam dan RM 10,000.00 untuk membeli anak ikan sebanyak 12,000 pada
permulaan perniagaan. Tujuan Encik Mejang ingin menjalankan perniagaan ini
adalah selain menguntungkan, perlaksanaan ternakan ini juga mudah dan ikan keli
juga tahan lasak dan tidak mudah mati.

Produk
Dalam menjalankan perniagaan ikan keli ini, Encik
Mejang amat menjaga kualiti dan kebersihan ikan itu sendiri kerana visi
perniagaan Encik Mejang adalah menghasilkan produk yang segar dan berkualiti.
Oleh itu Encik Mejang telah menjaga ikan keli dengan rapi dan bersih. Ikan keli
ini akan diberi makan sebanyak 40kg dua kali sehari iaitu 20kg pagi dan 20kg
pada waktu petang. Selain itu, bagi menjamin ikan keli sentiasa bersih dan
sihat, kolam ikan akan dicuci dan air akan ditukar apabila kotor atau proses
ini dilakukan dua hari sekali atau tiga hari sekali.

Harga
Harga bagi ikan keli adalah berbeza bergantung
kepada cara pembelian. Antara cara pembelian adalah melalui terus dari kolam,
dari pasar atau penghantaran ke restoran. Jika melalui pembelian terus dari
kolam, harga ikan adalah RM 10.00/kg, manakala dari pasar adalah RM 12.00/kg
dan penghantaran ke restoran adalah RM 11.00/kg. Tujuan Encik Mejang membuat
perbezaan harga adalah kerana bagi menampung kos penghantaran dan sewa di
pasar. Pada tahun 2010 harga ikan keli yang dijual adalah pada harga RM 10/kg
untuk jualan di pasar tetapi meningkat pada tahun 2012 kepada RM 12/kg kerana
faktor ekonomi negara.

Tempat
Bagi menjual ikan keli ini, Encik Mejang tidak
menggunakan orang tengah dan menjual terus secara segar kepada pelanggan. Hal
ini kerana Encik Mejang ingin menjimatkan kos mengupah orang dan ingin
mendapatkan keuntungan yang lebih. Pada permulaan perniagaan, Encik Mejang
telah mendapatkan bekalan anak ikan dan makanan ikan dari Kuching kerana
kualitinya yang baik dan harga yang berpatutan. Setelah dua tahun beroperasi, Encik
Mejang telah mendapatkan pembekal daripada bantuan Jabatan Pertanian untuk
membekalkansebanyak 46,000 anak ikan dan makanan ikan.  Selain itu, Encik Mejang telah memasarkan
ikan keli di pekan Telaga, di pasar berdekatan, menghantar ke restoran dan
menjual secara terus dari kolam.

Promosi
Bagi mempromosikan ikan keli, Encik Mejang
telah menyertai Hari Peladang yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian. Pada hari
tersebut, Encik Mejang telah membuat pelbagai jualan ikan keli seperti ikan
keli salai, ikan keli segar dan lain-lain. Selain itu, Encik Mejang juga telah
membuat iklan dengan memacakkan papan tanda syarikat Bethsaida Blessed Trading
bagi mempromosikan syarikat tersebut kepada orang awam.

Operasi
perniagaan
Sebelum memulakan perniagaan ikan keli, Encik
Mejang telah mengikuti beberapa kursus khas mengenai  ikan keli yang dianjurkan oleh Jabatan
Pertanian dan juga agensi swasta seperti cara penjagaan ikan keli, pembiakan
ikan keli, cara pemakanan dan lain-lain lagi bagi memastikan ikan keli sentiasa
sihat dan berkualiti.
Seterusnya, Encik Mejang juga tidak mengupah
pekerja untuk membantunya menjaga ikan keli kerana Encik Mejang sendiri dan
juga anak lelakinya yang berusia 10 tahun membantu beliau untuk menguruskan
kolam dan juga penjualan ikan keli. Hal ini kerana Encik Mejang tidak
memerlukan ramai pekerja semasa pengurusan kolam. Walaubagaimanapun, Encik
Mejang akan mengupah pekerja apabila diperlukan seperti penjualan besar-besaran
pada Hari Peladang dan juga semasa bekalan anak ikan keli sampai. Hal ini
kerana proses tersebut amat rumit dan memerlukan ramai orang untuk memindahkan
anak ikan supaya anak ikan tersebut tidak mati. Encik Mejang akan membayar RM
30.00 sehari kepada pekerjanya.
Setelah dua tahun beroperasi, Encik Mejang
telah meminta bantuan daripada Jabatan Pertanian bagi membantunya mengembangkan
lagi perniagaannya. Setelah Jabatan Pertanian membuat pantauan di kolam Encik
Mejang, Jabatan Pertanian telah memberi bantuan sebanyak RM 50,000.00 kepada Encik
Mejang untuk membeli anak ikan dan makanan ikan. Selain itu, Jabatan Pertanian
juga membantu Encik Mejang dengan memberi nasihat mengenai penjagaan ikan dan
memberi peralatan untuk pembiakan anak ikan keli. Oleh yang demikian, Encik
Mejang perlu membuat laporan kepada Jabatan Pertanian bagi melaporkan mengenai
perniagaannya.
Hasil penjualan ikan keli bagi Encik Mejang
agak memuaskan kerana beliau berjaya menjual anggaran 500kg ikan keli sebulan
dan lebih memuaskan kerana setelah empat tahun beroperasi, Encik Mejang telah
mendapat semula pulangan modal perniagaan beliau dan mampu memiliki sebuah
kenderaan hasil daripada penjualan ikan keli. Antara pelanggan yang sering
membeli daripada Encik Mejang adalah pembeli daripada Mukah dan juga Sibu.
Kebanyakkan pembeli adalah daripada kaum Cina dan juga kaum Melayu.
Walaubagaimanapun, sasaran pasaran Encik Mejang adalah penduduk di sekitar
Bintulu dan juga Asap. Ikan keli Encik Mejang juga mendapat sambutan kerana
ikan keli tersebut besar dan berkualiti. Hal ini kerana Encik Mejang telah
menjaga kualiti ikan keli ini seperti ikan keli sungai dan tidak sama seperti
ikan keli yang lain dimana tidak bersih dan kecil. Di samping itu, harga yang
ditawarkan oleh Encik Mejang juga berpatutan dan bersesuaian.
Antara cabaran yang dihadapi oleh Encik Mejang
sepanjang beliau menjalankan perniagaan adalah pada permulaan perniagaan, Encik
Mejang sukar untuk mendapatkan bantuan daripada mana-mana agensi kerana tidak
mempunyai pengalaman dan keraguan untuk memberi pinjaman kerana modal yang
tinggi dan berisiko. Di samping itu, beliau juga telah mengalami kerugian
sebanyak 30kg ikan keli pada Hari Peladang kerana tidak mendapat sambutan yang
baik daripada pelanggan. Selain itu, Encik Mejang juga pernah menjual ikan keli
salai tetapi terpaksa dihentikan kerana kekangan masa dan juga kekurangan
pekerja. Encik Mejang juga pernah dimasukkan ke hospita  lakibat terjatuh semasa membersihkan kolam.
Walaubagaimanapun, Encik Mejang tidak pernah berputus asa untuk mengembangkan
lagi perniagaan ikan keli kerana minat yang mendalam terhadap bidang pertanian.

Proses
penjagaan ikan
Encik Mejang telah membina 20 kolam berukuran
8 x 12 x 3 kaki dimana dua daripadanya disediakan khas untuk anak ikan keli. Encik
Mejang tidak menggunakan kanvas untuk membina kolam kerana kosnya yang terlalu
tinggi. Beliau juga tidak menternak ikan keli di kolam tanah kerana tidak
mempunyai kawasan yang bersesuaian walaupun penternakan ikan dalam kolam tanah
lebih baik dan menjimatkan. Perbezaan antaran kolam darat dan kolam tanah
adalah ikan dalam kolam tanah lebih cepat membesar berbanding ikan dalam kolam
darat. Walaubagaimanapun, kolam tanah lebih mudah tercemar berbanding kolam
darat kerana air sungai yang kotor tidak boleh dirawat.
Bagi anak ikan keli yang baru, air perlu diisi
dan dibiarkan selama dua hari sebelum dipindahkan ke dalam kolam. Hal ini
supaya anak ikan keli tidak mati akibat perubahan keadaan secara mendadak. Air
yang diisi di dalam kolam perlulah 5 inci tinggi bersesuaian dengan saiz ikan
dan kolam. Bagi satu kolam boleh memuatkan 1500 ekor anak ikan keli. Anak ikan
juga memerlukan oksigen yang secukupnya, jadi Encik Mejang telah menyediakan
“compresor” pada kolam tersebut. Pada peringkat ini, anak ikan akan diberi
makan dengan pelet “starter” bagi membantu tumbesaran ikan. Anak benih ikan
keli akan dibeli setiap 3 bulan sekali dan harga bagi anak ikan keli adalah RM
0.40 seekor untuk 2 inci manakala RM 0.20 seekor  untuk 1 inci. Hal ini kerana kadar tumbesaran
ikan keli cepat iaitu mengambil masa 2 bulan lebih.
Beberapa minggu kemudian, ikan keli akan
dipindahkan ke kolam lain. Setiap kolam akan diletakkan 2000 ekor ikan atau
lebih bergantung kepada saiz ikan. Selain itu, ikan keli akan diberi makan
dengan pelet “grower” pada setiap pagi dan petang. Setelah dua bulan, apabila
anak ikan keli sudah besar, penggredan akan dilakukan dengan mengasingkan ikan
yang sihat dan besar akan dikeluarkan dan diletakkan ditempat khas dan siap
untuk dijual. Berat ikan keli yang Encik Mejang jual seekor boleh mencecah 2-3
kg.
Ikan keli akan diberi makan oleh Encik Mejang
sendiri ataupun anaknya pada setiap pagi dan petang sebanyak 40kg. Jenis
makanan ikan akan diberi bergantung kepada umur ikan keli iaitu pelet “starter”
untuk anak ikan dan “grower” untuk ikan yang telah matang. Harga bagi kedua-dua
jenis pelet adalah RM 120.00 untuk dua guni. Cara pemberian makan kepada ikan
adalah dengan mencampakkan pelet sebanyak 1kg ke dalam setiap kolam.
Seterusnya, kolam ikan juga akan dibersihkan oleh beliau dan anaknya setiap 2
hari sekali atau 3 hari sekali bergantung kepada keadaan air.
Walaubagaimanapun, kolam anak ikan tidak digalakkan untuk dicuci kerana risiko
anak ikan akan mati adalah tinggi. Cara pembersihan kolam adalah air akan dikeluarkan
daripada kolam dan kolam dicuci menggunakan penyapu berus. Kemudian kolam akan
dibiarkan seketika sebelum air dimasukkan semula kedalam kolam. Antara penyakit
yang sering dihidapi oleh ikan keli sepanjang penjagaan Encik Mejang adalah
kembung perut. Penyakit ini juga agak berbahaya kerana boleh mengakibatkan ikan
tersebut tidak sihat atau mati. Hal ini berpunca daripada air yang kotor atau
tercemar. Bagi mencegah penyakit ini, Encik Mejang akan menukarkan air kolam
dengan secepat mungkin bagi mengelakkan penyakit ini berterusan.



                             Antara Gambar Ahli Kumpulan Di Bethsaida Blessed Trading 

                                                                        

Tuesday, 16 December 2014

ANTARA AKTIVITI YANG KAMI TELAH  KAMI JALANKAN:


        26/11/2014  (12:30 p.m)
         a) Pejumpaan antara ahli kumpulan untuk membincang mengenai projek serta ahli kumpulan                  mengemukakan cadangan dan idea masing-masing.
         b) Menanya orang tempatan di Bintulu iaitu En.Borhan (staf UPMKB) mengenai kawasan                     pertaniaan berdekatan Bintulu dan pendapat mengenai pertanian dalam perniagaan .

        28/11/2014 (8:27 p.m)
       a)  Pejumpaan mengenai perlantikan jawatankuasa ,merancang projek serta membuat tentatif                    mengenai aktiviti yang bakal dilakukan.
       b)  Ketua ialah Athitrah Izyanie, Blog ialah Farees dan Puteri  , Perhubungan Awam  ialah                     Aziman    dan Video ialah Zuhairi dan Molinda.


        2/12/2014 (1:30 p.m)
        a)  Kami menjalankan survey untuk mencari mentor yang sesuai berkaitan pertanian.
        b)  Beberapa kawasan dan agensi telah kami lawati sepanjang survey
        c)  Antaranya ialah, Jabatan Pertanian , Fama , Mardi , Ladang Tanaman BDA , Kg.Kuala Segan

        7/12/2014 ( 8:50 p.m )
        a)     Perjumpaan yang bertujuan untuk membincangkan nama perniagaan (Keli Enterprise)
        b)    Kami juga membuat persiapan untuk bertemu dengan mentor bagi perniagaan kami yang                    berasakan pertanian.

LAMBANG SYARIKAT:


  • Lambang yang melambangkan ketekalan dan kerjasama yang erat antara ahli yang terlibat dalam perniagaan . 

Tuesday, 9 December 2014

Sturuktur Organisasi Syarikat

KETUA:
1)Athirah Izyanie

BLOG

1)Farees Hafeez
2)Puteri Nurfarzana

Perhubungan Awam

1)Aziman Fauzan

Video

1)Zuhairi
2)Molinda
NAMA SYARIKAT:


  • Keli Enterprise

JENIS PERNIAGAAN:

Menjalankan perniagaan menjual ikan keli

FAKTOR PEMILIHAN PERNIAGAAN:

  • Malaysia mempunyai permintaan yang tinggi juga pasaran yang luas  terhadap ikan air tawar serta dapat mengurangkan pergantungan import makanan dari negara luar.Selain kaedah penjagaan ikan air tawar seperti ikan keli yang tidak terlalu rumit .Sebagai contoh di Kelantan terpaksa menambahkan bilangan pembekal ikan keli kerana permintaan yang tiggi menjelang tahun 2020.
  • Bagi senario perikanan di Malaysia, nilai ditambah (pada harga malar tahun 2000)  bagi komoditi perikanan telah mencatatkan kadar pertumbuhan positif sebanyak 3.9% iaitu RM 1,702 juta pada tahun 2010 berbanding RM 1,639 juta dalam tahun 2009. Nilai ditambah dari segi sektor agro-makanan dan industri asas tani adalah sebanyak 3.9% bagi perikanan berbanding 3.4% bagi subsektor tanaman dan 5.5%  bagi subsektor ternakan. (http://www.dof.gov.my/scenario-of-malaysia-fisheries-industry?p_p_id=56_INSTANCE_2yJv&p_p_lifecycle=0&p_p_state=normal&p_p_mode=view&p_p_col_id=column-4&p_p_col_count=1&page=2) (12 Disember 2014)