Sunday, 1 March 2015



   RINGKASAN

     Setelah menjalankan temu ramah dan juga pembelajaran kendiri, kami telah mengenal pasti kaedah yang betul mengenai ternakan ikan keli. Selain itu, kami juga telah mempelajari dan memahami cara bagi menghasilkan sebuah rancangan perniagaan. Antara yang kami pelajari dalam penghasilan rancangan perniagaan adalah kami mengetahui tujuan rancangan perniagaan ini dilakukan adalah sebagai satu rangka kerja atau sebagai garis panduan kepada sesebuah perniagaan untuk mencapai matlamat. Rancangan perniagaan juga diperlukan oleh sesebuah perniagaan bagi memudahkan proses pinjaman wang dan memudahkan pengurusan perniagaan dari segi kewangan, sumber mausia dan lain-lain.
           Selain itu juga, kami mengetahui maklumat yang diperlukan dalam rancangan perniagaan seperti operasi, sumber manusia, pemasaran dan juga kewangan. Dalam operasi, maklumat yang perlu dinyatakan adalah cara pengurusan projek bermula daripada pendaftaran perniagaan sehingga kepada penyelenggaraan projek. Bagi sumber manusia pula, maklumat yang diperlukan adalah cara pengambilan pekerja, kebajikan pekerja dan bayaran pekerja. Manakala bagi pemasaran adalah cara untuk memasarkan produk dengan menggunakan konsep 4P’s. Akhir sekali adalah bahagian kewangan perlu dilampirkan aliran tunai, penyata pendapatan dan juga lembaran imbangan perniagaan. Tujuan penyata kewangan perlu dilakukan adalah bagi mengetahui aliran tunai pengeluaran wang dalam suatu tempoh perniagaan supaya dapat mengetahui untung rugi sesebuah perniagaan.
        Kesimpulannya, dengan mengetahui cara bagi menghasilkan rancangan perniagaan, kita dapat mengekalkan perniagaan kita dengan menjadikan rancangan perniagaan sebagai garis panduan atau rujukan kita semasa menjalankan perniagaan. Hal ini kerana dalam rancangan perniagaan terdapat matlamat yang ingin dicapai dalam sesebuah perniagaan.


                    Perbincangan Antara Ahli Kumpulan Semasa Menjalankan Perjumpaan 

Saturday, 28 February 2015


PENDAFTARAN SYARIKAT



  • Pada 14/1/2015 kami telah menemu ramah salah seorang kakitangan daripada Pejabat Wisda Persekutuan, iaitu Cik Ain bagi menerangkan mengenai pendaftaran syarikat dan juga mendaftar lesen perniagaan.
  • Pejabat Wisda Persekutuan Bintulu Sarawak adalah sebuah agensi yang mengeluarkan lesen dan juga pendaftaran syarikat. Oleh itu, sebarang urusan mengenai syarikat seperti menukar hak milik saham, menambah ahli rakan kongsi, membubarkan syarikat dan sebagainya, individu tersebut boleh merujuk kepada Pejabat wisda Persekutuan.
  • Bagi memulakan operasi perniagaan, sesbuah syarikat perlu mendapatkan lesen perdagangan. Bagi memperoleh lesen tersebut, pemohon perlu mengisi borang yang disediakan oleh agensi tersebut.
  • Walaubagaimanapun, bagi pemohon yang ingin memohon untuk pendaftaran syarikat entreprise, terdapat satu set lengkap yang disediakan dimana borang tersebut mengandungi pendaftaran syarikat dan juga lesen perdagangan yang digabungkan bersama. Di samping itu, hanya Pejabat Wisda Persekutuan di Bintulu sahaja yang menyediakan bersama lesen perdagangan semasa pendaftaran syarikat.
  • Antara dokumen atau syarat-syarat yang perlu dipenuhi adalah menyediakan salinan kad pengenalan setiap ahli rakan kongsi, perjanjian sewaan (bertujuan untuk menyatakan kegunaan alamat) dan juga cop syarikat (mempunyai nama syarikat dan juga alamat)
  • Jumlah bayaran bagi permohonan lesen dan pendaftaran syarikat adalah sebanyak RM 77.00
  • Had bilangan bagi ahli pemegang saham dalam sesebuah syarikat adalah maksima seramai 10 orang.
  • Bagi jenis perniagaan yang tertentu seperti perniagaan pub atau hiburan, Pejabat Wisda Persekutuan perlu merujuk kepada pihak BDA, Bomba atau Polis bagi memastikan tidak terlibat dengan jenayah.
  • Bagi memperbaharui lesen perdagangan, pemohon perlu membayar RM 25.00 setiap tahun.
  • Bagi pemohon yang ingin menamatkan perniagaan atau membubarkan syarikat akibat kematian atau lain-lain, pemohon perlu menyediakan surat rasmi yang menyatakan bahawa ingin menamatkan perniagaan atau syarikat tersebut akan dibubarkan. Surat tersebut juga perlu ditanda tangani oleh semua ahli rakan kongsi. Setelah itu, sijil dan lesen (masih aktif) perlu dikembalikan.
  • Selain itu, bagi syarikat yang ingin menambah atau menukar bidang perniagaan, syarikat perlu menampilkan surat rasmi permohonan yang menyatakan syarikat ingin menambah atau menukar bidang dan perlu juga menyatakan bidang baru yang ingin diceburi. Setelah memohon, syarikat perlu mengembalikan semula sijil pendaftaran supaya pihak Pejabat Wisda Persekutuan mengeluarkan sijil pendaftaran yang baru.
  • Seterusnya, bagi syarikat yang ingin menukar alamat baru, syarikat perlu menampilkan surat perjanjian sewaan kepada pihak Pejabat Wisda Persekutuan bagi memastikan alamat yang ingin ditukar.
  • Akhir sekali, bagi syarikat yang kematian ahli rakan kongsi /syer, syarikat perlu menyediakan “Memorandum of Transfer” yang boleh didapati di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau menyediakannya sendiri (jika mengetahui) dan juga disertakan bersama sijil kematian jika ingin membatalkan perniagaan.



Gambar semasa menemu ramah Cik Ain salah seorang kakitangan yang bertanggungjawab dalam pendaftaran syarikat di Pejabat Wisda Persekutuan

Thursday, 26 February 2015

Video Lakaran Kolam Ternakan Ikan


                                                       Lakaran Bagi Kolam Ternakan Ikan






Wednesday, 25 February 2015



KEWANGAN SYARIKAT


Bagi memulakan perniagaan, kami mengumpul dana perniagaan awal sebanyak 
RM 6,500.00 seorang daripada 6 orang ahli rakan kongsi. Selain itu, setiap ahli rakan
 kongsi membuat pinjaman peribadi sebanyak RM 15,000.00 bagi menampung kos 
operasi permulaan perniagaan. Jadi jumlah modal adalah sebanyak 
RM 129,000.00 untuk permulaan perniagaan. Bagi memohon pinjaman peribadi
 daripada Agrobank, kami perlu mempunyai akaun simpanan di Agrobank. 
Setelah itu, kami perlu mengisi borang permohonan pinjaman daripada Agrobank. 
Setelah kami mengumpul dana, kami mula beroperasi dengan memilih lokasi dan
 membina kolam ternakan.

Kos yang diperlukan untuk operasi adalah seperti berikut:

Kos perbelanjaan
Item
Harga seunit (RM)
Kuantiti
Jumlah harga (RM)
Jumlah kos (RM)
-    Pembersihan kawasan
-    Sewa tanah
2,000.00
1,000.00
5 ekar
5 ekar (3 bulan)
2,000.00
3,000.00


5,000.00
Pembinaan Pembangunan
-    Pejabat (kabin)
-    Kolam
-    Bumbung kanvas

15,000.00
1,200.00
10,000.00

30 x 15 x 8 kaki
30 kolam


15,000.00
36,000.00
10,000.00




61,000.00
Aset tetap
-    pengait ikan
-    alat mencuci kolam
-    pengangkutan (lori 1 tan)

12.50
7.90
12,000.00

4 unit
4 unit
1 unit

50.00
31.60
12,000.00




12,081.60
Aset bukan semasa
-    Makanan ikan
-    Anak benih ikan keli

60.00
0.30

36 guni
50,000 ekor

2,160.00
15,000.00



17,160.00
Kos perlaksanaan
-    Bil utiliti
-    Gaji pekerja

200.00
1,200.00


3 bulan
3 bulan
 (6 orang)

600.00
21,600.00




22,200.00
Kos luar jangka
10,000.00
-
10,000.00

10,000.00
Jumlah



127,441.60

Jumlah perbelanjaan:
       Kos perbelanjaan = RM 127,441.60
       Aset bukan semasa + kos perlaksanaan
             = RM 17,160.00 + RM 22,200.00
             = RM 39,360.00

Kuantiti jualan:
Item
Pengiraan
Ikan keli
50,000 ekor
Penghasilan semusim (3 bulan)
50,000 x 0.8 kg (seekor) = 40,000 kg (semusim)
Penghasilan setahun
40,000 kg x 4 musim = 160,000 kg (setahun)
Harga pasaran
RM 10.00 / kg
Hasil semusim
40,000 kg x RM 10.00 = RM 400,000.00
Hasil setahun
160,000 kg x RM 10.00 = RM 1,600,000.00





Hasil jualan ikan keli semusim:
Jenis Jualan
Pengiraan
Optimistik (100%)
= RM 10.00 x 40,000 kg
= RM 400,000.00
Idealistik (70%)

= RM 10.00 x 28,000 kg
= RM 280,000.00
Pesimistik (30%)
= RM 10.00 x 12,000 kg
= RM 120,000.00
Jumlah
RM 57,000.00


Untung kasar:
Jenis jualan
Jumlah hasil
Jumlah perbelanjaan
Keuntungan
Jualan optimistik
RM 400,000.00
RM 39,360.00
RM 360,640.00
Jualan idealistik
RM 280,000.00
RM 39,360.00
RM 240,640.00
Jualan pesimistik
RM 120,000.00
RM 39,360.00
RM   80,640.00



Bagi akaun syarikat ternakan ikan keli entreprise, kami memilih agrobank sebagai bank simpanan 
kami kerana pengurusan bank ini lebih sesuai dengan perniagaan kami iaitu dalam bidang pertanian.
 Jadi hal ini memudahkan kami untuk memohon bantuan atau pinjaman kewangan daripada bank
 tersebut. Bagi membuka akaun syarikat di Agrobank, syarikat kami perlu membuka akaun 
dengan jumlah RM 500.00. Jadi segala urusan kewangan syarikat akan menggunakan
 akaun daripada bank tersebut.


Laporan Kewangan Syarikat:

Penyata kewangan

Syarikat Ternakan Ikan Keli Entreprise
Penyata Aliran Tunai
Tahun Berakhir Disember, 2014
Perkara/bulan
Jan
Mac
Jun
Sept
Dis
(A) Penerimaan tunai





Baki tunai
0.00
46,398.40
291,438.40
528,178.40
764,918.40
Modal sendiri
39,000.00
0.00
0.00
0.00
0.00
Pinjaman
90,000.00
0.00
0.00
0.00
0.00
Hasil jualan
0.00
280,000.00
280,000.00
280,000.00
280,000.00
Jumlah penerimaan
129,000.00
326,398.40
571,438.40
808,178.40
1,044,918.40
(B) Pembayaran tunai





Kos jualan
0.00
17,160.00
17,160.00
17,160.00
17,160.00
Belanja operasi
7,400.00
14,800.00
21,600.00
21,600.00
21,600.00
Belanja pentadbiran
1,000.00
2,000.00
3,000.00
3,000.00
3,000.00
Belanja pemasaran
620.00
0.00
0.00
0.00
0.00
Belanja kewangan
300.00
600.00
900.00
900.00
900.00
Belanja overhead
200.00
400.00
600.00
600.00
600.00
Belian aset tetap
73,081.60
0.00
0.00
0.00
0.00
Cukai
0.00
0.00
0.00
0.00
20,000.00
Jumlah Pembayaran
82,601.60
34,960.00
43,260.00
43,260.00
63,260.00
(C) Lebihan/kurangan tunai
46,398.40
291,438.40
528,178.40
764,918.40
981,658.40
(D) Jumlah tunai terkumpul
46,398.40
337,836.80
866,015.20
1,630,933.60
2,612,592.00
























Syarikat Ternakan Ikan Keli Entreprise
Penyata Pendapatan
Tahun Berakhir Disember, 2014
Jualan




1,120,000.00
( Tolak ) Kos Barang Dijual
68,640.00

Untung Kasar
1,051,360.00


Perbelanjaan

( Tolak )  Belanja Operasi
87,000.00


Belanja Pentadbiran
12,000.00


Belanja Pemasaran
620.00


Belanja Overhead
2,400.00


Belanja Susut Nilai
7,308.15


Jumlah Belanja
109,328.15


UNTUNG SEBELUM CUKAI

Cukai

UNTUNG SELEPAS CUKAI


942,031.85

20,000.00

922,031.85



                                                               Syarikat Ternakan Ikan Keli
Lembaran Imbangan tahun 2014

ASET
2014
Aset semasa


Tunai
981,658.40

JUMLAH ASET SEMASA

981,658.40
Aset tetap


Peralatan kolam
73,081.60

( Tolak ) Susut nilai terkumpul
7,308.15

JUMLAH ASET TETAP

65,773.45
JUMLAH ASET

1,047,431.85
LIABILITI


Liabiliti jangka panjang


Pinjaman pembiayaan bank
90,000

( Tolak ) Ansuran pinjaman
3600

JUMLAH LIABILITI JANGKA PANJANG

86,400
JUMLAH LIABILITI

86,400
EKUITI PEMILIK


Modal
39,000.00

Untung bersih
922,031.85

JUMLAH EKUITI PEMILIK

961,031.85
JUMLAH LIABILITI DAN EKUITI

1,047,431.85