RINGKASAN
Setelah menjalankan temu ramah dan juga pembelajaran
kendiri, kami telah mengenal pasti kaedah yang betul mengenai ternakan ikan
keli. Selain itu, kami juga telah mempelajari dan memahami cara bagi
menghasilkan sebuah rancangan perniagaan. Antara yang kami pelajari dalam
penghasilan rancangan perniagaan adalah kami mengetahui tujuan rancangan
perniagaan ini dilakukan adalah sebagai satu rangka kerja atau sebagai garis
panduan kepada sesebuah perniagaan untuk mencapai matlamat. Rancangan perniagaan
juga diperlukan oleh sesebuah perniagaan bagi memudahkan proses pinjaman wang dan
memudahkan pengurusan perniagaan dari segi kewangan, sumber mausia dan
lain-lain.
Selain itu juga, kami mengetahui maklumat yang diperlukan
dalam rancangan perniagaan seperti operasi, sumber manusia, pemasaran dan juga
kewangan. Dalam operasi, maklumat yang perlu dinyatakan adalah cara pengurusan
projek bermula daripada pendaftaran perniagaan sehingga kepada penyelenggaraan
projek. Bagi sumber manusia pula, maklumat yang diperlukan adalah cara
pengambilan pekerja, kebajikan pekerja dan bayaran pekerja. Manakala bagi
pemasaran adalah cara untuk memasarkan produk dengan menggunakan konsep 4P’s.
Akhir sekali adalah bahagian kewangan perlu dilampirkan aliran tunai, penyata
pendapatan dan juga lembaran imbangan perniagaan. Tujuan penyata kewangan perlu
dilakukan adalah bagi mengetahui aliran tunai pengeluaran wang dalam suatu
tempoh perniagaan supaya dapat mengetahui untung rugi sesebuah perniagaan.
Kesimpulannya, dengan mengetahui cara bagi menghasilkan rancangan
perniagaan, kita dapat mengekalkan perniagaan kita dengan menjadikan rancangan
perniagaan sebagai garis panduan atau rujukan kita semasa menjalankan
perniagaan. Hal ini kerana dalam rancangan perniagaan terdapat matlamat yang
ingin dicapai dalam sesebuah perniagaan.
Perbincangan Antara Ahli Kumpulan Semasa Menjalankan Perjumpaan