SESI TEMUBUAL KAMI BERSAMA AGROBANK (BINTULU)
Biodata
Nama:
Siti Aishah Bt Zamhari
Jawatan:
Pegawai Pengurusan Kredit
Alamat:
Lot 227, Sublot 31, Parkcity Commerce Square, Phase III, Jalan Tun Ahmad Zaidi, 97000 Bintulu, Sarawak
No.
Telefon: 086-330 015 / 330 016
Faks:
086-330 017
Telefon
bimbit: 013-843 1963
Bagi
mendapatkan bantuan kewangan apabila memulakan perniagaan, salah satu cara
adalah kami boleh meminjam daripada bank pertanian atau kini Agrobank. Hal ini
kerana Agrobank telah menyediakan bantuan bagi golongan yang memerlukan
pinjaman wang untuk meneruskan atau menyelenggara projek yang dijalankan.
Antara
pinjaman yang ditawarkan oleh Agrobank adalah pinjaman khas untuk pertanian
dimana pinjaman ini bertujuan bagi membantu golongan petani bagi menyelenggara
projek mereka dengan lebih baik. Selain itu, pinjaman untuk bukan pertanian
juga disediakan bagi golongan yang ingin memohon pinjaman untuk perkara-perkara
lain. Pinjaman ini boleh dilakukan atas pinjaman peribadi.
Contoh Borang Permohonan
Cara
permohonan adalah mudah, hanya dengan mengisi borang permohonan dan menyediakan
beberapa dokumen penting seperti salinan kad pengenalan, bil utiliti
(air/elektrik), salinan permit perniagaan (jika diperlukan), penyata bank (6
bulan terakhir), slip gaji 3 bulan (bagi yang bekerja), rekod jualan (6 bulan) dan
lain-lain yang diperlukan.
Syarat
kelayakan permohonan adalah seperti berikut:
1.
Warganegara
Malaysia
2.
Berumur
21-60 tahun
3. Telah
bermastautin selama lebih daripada 2 tahun
4.
Perniagaan
/ projek telah beroperasi lebih 12 bulan sekurang-kurangnya
5.
Mempunyai
lesen yang sah
6.
Perniagaan
/ projek mesti dimiliki atau diusahakan oleh pemohon
Senarai Semak Dokumen Permohonan Pembiyaan
Tujuan
pihak bank memberi pinjaman setelah pemohon menjalani perniagaan / projek
sekurang-kurangnya 12 bulan adalah bagi memastikan pinjaman wang tersebut digunakan
untuk perniagaan / projek tersebut. Hal ini kerana, sebelum ini terdapat banyak
penipuan dimana pemohon memohon pinjaman untuk kegunaan lain selain perniagaan
/ projek mereka. Oleh itu, bagi mencegah hal ini berterusan, pihak bank telah
mengemukakan syarat tersebut.
Bagi
memohon pinjaman, pemohon perlu membuka akaun simpanan di Agrobank
sekurang-kurangnya RM 100.00 bagi individu, manakala bagi syarikat perlu
membuka akaun simpanan sekurang-kurangnya RM 500.00. Tambahan pula, syarikat
yang memohon pinjaman juga perlu menampilkan dokumen-dokumen lain mengenai
maklumat syarikat seperti Borang 49, akaun syarikat haruslah sekurang-kurangnya
RM 100,000.00 dimana cagaran kepada bank adalah sebanyak RM 50,000.00, kadar
servis hutang adalah 25% ke bawah, perlu menyatakan pendapatan awal syarikat,
dan syarikat perlulah ditubuhkan selama 1 tahun sebelum memohon pinjaman.
CONTOH BORANG PERMOHONAN PINJAMAN / PEMBIYAAN INDIVIDU
Bagi
pemohon yang menggunakan cagaran selain penjamin, pemohon perlu mengemukakan
geran tanah yang asli kepada pihak bank. Bagi pemohon yang menggunakan cagaran,
pihak bank akan mengambil 70% daripada harga tanah tersebut sebagai cagaran
bergantung kepada nilai pemohonan. Walaubagaimanapun, proses permohonan ini
mengambil masa lebih lama berbanding permohonan menggunakan penjamin kerana
proses ini melibatkan peguam, geran tanah yang dicagarkan perlu dinilai dan
pelbagai proses lain perlu dilakukan.
Antara
contoh pemohonan yang sering dilakukan di Bintulu adalah tanaman kelapa sawit.
Syarat yang ditetapkan oleh Agrobank untuk memohon adalah perniagaan / projek
tersebut perlu beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan ke atas. Antara dokumen
lain yang diperlukan adalah salinan setiap pembelian untuk menyelenggara projek
seperti pembelian baja, anak pokok dan sebagainya sebagai bukti wang yang
digunakan. Setelah itu, pihak bank akan membuat laporan mengenai aliran duit
keluar oleh pemohon. Oleh itu, pihak bank akan membuat kadar keuntungan (profit rate) 1-4% daripada jumlah hasil
yang dikeluarkan oleh pemohon tersebut dan kadar pembayaran pembiayaan adalah
bergantung kepada kagar keuntungan tersebut. Selain daripada kelapa sawit,
tanaman buah-buahan juga memerlukan proses yang sama bergantung kepada jenis
buah dan musim penuaian.
Jumlah
pembiayaan pinjaman yang diberikan oleh pihak bank adalah bergantung kepada
projek yang dijalankan dan keluasan projek tersebut. Sehubungan dengan itu,
pembayaran balik pembiayaan adalah bergantung kepada perkadaran keuntungan.
Semakin tinggi kadar keuntungan, semakin tinggi nilai yang perlu dibayar.
Tempoh untuk bayar balik adalah bergantung kepada hasil yang dikeluarkan. Dalam
peringkat ini, jika pemohon tidak mampu membayar semula akibat kerugian atau
sebagainya, perstrukturan untuk pembayaran akan dibuat semula atau pemohon
boleh meminta tempoh penangguhan. Hal ini kerana, Agrobank tidak menggalakkan
pemohon untuk tidak membayar hutang. Oleh itu, perstrukturan dibuat semula agar
pemohon mampu membayar. Selain itu, pihak bank juga akan meminta pemohon untuk
membayar daripada sumber pendapatan yang lain jika pendapatan projek /
perniagaan adalah negatif. Walaubagaimanapun, jika pemohon tersebut meninggal,
proses pembayaran masih berterusan dimana waris pemohon akan mengambil alih
atau penjamin. Jika hal ini berlaku, pihak bank menyediakan takaful dimana
ianya bergantung kepada tempoh pembiayaan, umur pembiaya dan juga jumlah
pembiayaan.
Pihak
Agrobank juga menyediakan khidmat nasihat kepada pelanggan mereka yang
bermasalah terutama dalam pengurusan wang pernigaan / projek. Hal ini kerana
minoriti daripada pelanggan yang memohon pinjaman gagal untuk membayar semula
akibat permasalahan dalam kewangan dan sebagainya. Oleh itu, bagi mengelakkan
masalah ini berterusan, pihak bank mengambil inisiatif untuk membantu pelanggan
mereka dengan memberi khidmat nasihat mengenai pengurusan kewangan dan
sebagainya. Selain itu, pihak bank juga terlibat dalam program-program tertentu
untuk menarik minat orang ramai seperti pameran bagi mengalakkan mereka untuk
berurusan dengan Agrobank. Antara sasaran Agrobank adalah petani-petani kecil
atau usahawan yang baru menjalani perniagaan atau melibatkan diri dalam bidang
pertanian dan sebagainya. Hak ini kerana, kebanyakkan golongan petani-petani
kecil yang ingin mengkomersialkan hasil pertanian mereka tetapi tidak mempunyai
modal yang mencukupi. Oleh itu, bagi membantu golongan-golongan tersebut,
Agrobank telah menyediakan perkhidmatan pinjaman wang supaya mereka mampu mengembangkan lagi
perniagaan / projek mereka.
Antara
permohonan-permohonan yang sering ditolak adalah permohonan untuk penternakan.
Hal ini kerana selain daripada tidak memenuhi syarat, permohonan yang dibuat
tidak mempunyai tanah untuk penternakan. Kebanyakkan pemohon tidak dapat
menampilkan geran tanah yang asli kerana tanah tersebut bukan milik mereka.
Oleh itu, permohonan pinjaman untuk penternakan sering ditolak atas perkara
tersebut.