SESI TEMUBUAL BERSAMA JABATAN PERIKANAN (BINTULU)
Dalam
menjalankan operasi sesuatu perniagaan / projek, sering kali permasalahan akan
timbul sama ada dari segi kewangan mahupun penyelenggaraan perniagaa / projek
itu sendiri. Oleh itu, bagi mengurangkan permasalahan tersebut, terdapat
beberapa agensi yang terlibat untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan
bantuan.
Bagi
syarikat kami, antara masalah yang sering dihadapi adalah masalah mengenai
penyelenggaraan ikan keli di kolam. Oleh itu, bagi mengatasi masalah berikut,
kami telah meminta bantuan daripada beberapa agensi yang berkaitan. Antara
agensi yang menawarkan bantuan adalah Jabatan Perikanan.
Jabatan
Perikanan di Bintulu lebih fokus kepada penternakan ikan laut seperti ikan
siakap. Oleh itu, fokus Jabatan Perikanan adalah lebih tertumpu kepada nelayan
di sekitar Bintulu. Antara bantuan yang ditawarkan kepada nelayan yang baru
terlibat dalam bidang ini atau kurang pengalaman adalah dengan menyediakan
sangkar di laut sebanyak 4 petak seorang. Hal ini adalah untuk memberi
pendedahan kepada nelayan kaedah untuk menternak ikan dengan betul. Bantuan
yang diberikan oleh Jabatan Perikanan adalah bermula daripada peringkat
permulaan sehingga penuaian pada pusingan yang pertama. Hal ini termasuk
penyediaan sangkar, bekalan benih anak ikan, makanan ikan dan lain-lain lagi.
Bagi nelayan yang sudah berpengalaman, bantuan yang diberikan adalah bergantung
kepada permohonan yang diminta.
Walaubagaimanapun,
selain daripada penternakan ikan laut, Jabatan Pertanian juga memberi bantuan
kepada penternakan ikan air tawar seperti ikan tilapia merah, ikan keli dan
lain-lain. Hal ini kerana majoriti penternak lebih banyak melibatkan diri dalam
penternakan ikan air tawar berbanding ikan laut kerana selain permintaan yang
tinggi, penjagaan ikan juga lebih mudah dan cepat. Selain itu, penjagaan ikan
di sangkar juga memerlukan kos yang tinggi berbanding di kolam. Jadi bagi mengurangkan
kos, penternak ikan lebih cenderung untuk menternak ikan di kolam berbanding
sangkar. Tambahan pula, bagi memohon bantuan daripada Jabatan Perikanan,
penternak perlu mula beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan atau telah mempunyai
pengalaman dalam bidang penternakan.
Cara
permohonan boleh dilakukan dengan mengisi borang yang disediakan oleh Jabatan
Perikanan. Borang tersebut boleh didapati atau diambil daripada pejabat Jabatan
Perikanan berdekatan. Pemohon juga perlu menampilkan salinan dokumen seperti
kad pengenalan, hak milik, geran, pajak dan pelan lakar cadangan projek.
CONTOH BORANG PERMOHONAN KEPADA JABATAN PERIKANAN
Bagi
penternak ikan air tawar, antara bantuan yang diberikan adalah daripada segi
peralatan untuk penternakan, makanan ikan dan Jabatan Perikanan juga boleh menghubungkan
penternak dengan pembekal benih anak ikan. Mengikut kajian yang dilakukan oleh
Jabatan Perikanan, masalah yang sering dihadapi oleh penternak ikan air tawar
adalah masalah penyelenggaraan kolam, sukar mendapat makanan ikan (pelet) yang
baik dan sukar mendapatkan bekalan benih anak ikan kerana kurang pembekal di
sekitar kawasan. Jadi bagi membantu penternak yang menghadapi masalah
mendapatkan benih anak ikan, Jabatan Perikanan akan memberi benih ikan jika ada
peruntukan. Jika tidak mempunyai peruntukan, Jabatan Perikanan akan cuba
menghubungkan penternak dengan pembekal benih anak ikan.
Selain
itu juga, masalah yang sering dihadapi oleh penternak adalah mereka sukar untuk
mengawal kualiti air kolam. Hal ini berikutan ikan air tawar memerlukan pH air
dan tanah yang bersesuaian agar ikan tersebut dapat hidup dengan lebih baik.
Jadi bagi mengatasi masalah berikut, Jabatan Perikanan juga menyediakan bantuan
daripada segi khidmat nasihat. Jabatan Perikanan akan menghantar pakar untuk
melawat ke tapak projek dan cuba membantu penternak yang menghadapi masalah
dengan memberi nasihat mengenai cara mengatasi atau mengawal masalah di kolam.
Walaubagaiamanapun,
permohonan yang diminta mengambil masa yang lama untuk mendapat kelulusan. Hal
ini kerana Jabatan Perikanan perlu membuat bajet peruntukan bagi setiap
permohonan yang dilakukan pada setiap tahun. Seterusnya, bagi permohonan yang
diterima, pemohon perlu menyediakan laporan setiap bulan mengenai perkembangan
ikan di kolam sehingga ikan tersebut telah dituai. Tujuan laporan tersebut
adalah supaya memudahkan Jabatan Perikanan membuat pantauan terhadap perniagaan
/ projek yang diusahakan. Selain itu, bagi pemohon yang menerima bantuan
daripada Jabatan Perikanan, perkhidmatan online juga disedikan bagi memudahkan
pemohon agar tidak perlu ke pejabat jika menghadapi sebarang permasalahan.
Di
samping itu, bagi mengalakkan penternak atau nelayan untuk menggunakan teknologi
atau alatan yang terkini dalam penternakan, Jabatan Perikanan akan memilih
beberapa orang yang berprestasi baik untuk mencuba beberapa alatan baru
sehingga ikan tersebut dituai. Tujuan Jabatan Perikanan berbuat sedemikian
adalah untuk mendedahkan kepada penternak dan nelayan cara penggunaan alatan
terkini supaya dapat membantu mereka mendapatkan hasil dengan lebih banyak dan
mudah.
Akhir
sekali, bagi mengalakkan penternak atau nelayan sentiasa beroperasi dan
mengusahakan kolam masing-masing, Jabatan Perikanan telah menetapkan syarat
dengan penternak atau nelayan dimana dalam tempoh tertentu jika kolam mereka
tidak aktif, segala bantuan yang diberikan akan ditarik semula seperti kolam,
pelampung, pukat dan sebagainya mengikut perjanjian yang telah ditandatangani.
good.. keep it up..
ReplyDeleteAsa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.
ReplyDeletepengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda