PENDAFTARAN
SYARIKAT
- Pada 14/1/2015 kami telah menemu ramah salah seorang kakitangan daripada Pejabat Wisda Persekutuan, iaitu Cik Ain bagi menerangkan mengenai pendaftaran syarikat dan juga mendaftar lesen perniagaan.
- Pejabat Wisda Persekutuan Bintulu Sarawak adalah sebuah agensi yang mengeluarkan lesen dan juga pendaftaran syarikat. Oleh itu, sebarang urusan mengenai syarikat seperti menukar hak milik saham, menambah ahli rakan kongsi, membubarkan syarikat dan sebagainya, individu tersebut boleh merujuk kepada Pejabat wisda Persekutuan.
- Bagi memulakan operasi perniagaan, sesbuah syarikat perlu mendapatkan lesen perdagangan. Bagi memperoleh lesen tersebut, pemohon perlu mengisi borang yang disediakan oleh agensi tersebut.
- Walaubagaimanapun, bagi pemohon yang ingin memohon untuk pendaftaran syarikat entreprise, terdapat satu set lengkap yang disediakan dimana borang tersebut mengandungi pendaftaran syarikat dan juga lesen perdagangan yang digabungkan bersama. Di samping itu, hanya Pejabat Wisda Persekutuan di Bintulu sahaja yang menyediakan bersama lesen perdagangan semasa pendaftaran syarikat.
- Antara dokumen atau syarat-syarat yang perlu dipenuhi adalah menyediakan salinan kad pengenalan setiap ahli rakan kongsi, perjanjian sewaan (bertujuan untuk menyatakan kegunaan alamat) dan juga cop syarikat (mempunyai nama syarikat dan juga alamat)
- Jumlah bayaran bagi permohonan lesen dan pendaftaran syarikat adalah sebanyak RM 77.00
- Had bilangan bagi ahli pemegang saham dalam sesebuah syarikat adalah maksima seramai 10 orang.
- Bagi jenis perniagaan yang tertentu seperti perniagaan pub atau hiburan, Pejabat Wisda Persekutuan perlu merujuk kepada pihak BDA, Bomba atau Polis bagi memastikan tidak terlibat dengan jenayah.
- Bagi memperbaharui lesen perdagangan, pemohon perlu membayar RM 25.00 setiap tahun.
- Bagi pemohon yang ingin menamatkan perniagaan atau membubarkan syarikat akibat kematian atau lain-lain, pemohon perlu menyediakan surat rasmi yang menyatakan bahawa ingin menamatkan perniagaan atau syarikat tersebut akan dibubarkan. Surat tersebut juga perlu ditanda tangani oleh semua ahli rakan kongsi. Setelah itu, sijil dan lesen (masih aktif) perlu dikembalikan.
- Selain itu, bagi syarikat yang ingin menambah atau menukar bidang perniagaan, syarikat perlu menampilkan surat rasmi permohonan yang menyatakan syarikat ingin menambah atau menukar bidang dan perlu juga menyatakan bidang baru yang ingin diceburi. Setelah memohon, syarikat perlu mengembalikan semula sijil pendaftaran supaya pihak Pejabat Wisda Persekutuan mengeluarkan sijil pendaftaran yang baru.
- Seterusnya, bagi syarikat yang ingin menukar alamat baru, syarikat perlu menampilkan surat perjanjian sewaan kepada pihak Pejabat Wisda Persekutuan bagi memastikan alamat yang ingin ditukar.
- Akhir sekali, bagi syarikat yang kematian ahli rakan kongsi /syer, syarikat perlu menyediakan “Memorandum of Transfer” yang boleh didapati di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau menyediakannya sendiri (jika mengetahui) dan juga disertakan bersama sijil kematian jika ingin membatalkan perniagaan.
Gambar
semasa menemu ramah Cik Ain salah seorang kakitangan yang bertanggungjawab
dalam pendaftaran syarikat di Pejabat Wisda Persekutuan