Temubual Bersama Jabatan Pertanian Bintulu
Biodata
·
Nama: Khairulnieza
·
Jawatan: Pegawai Perikanan dalam
Jabatan Pertanian
Jabatan Pertanian merupakan salah satu agensi
yang ditubuhkan bagi membantu masyarakat Malaysia yang mengalami masalah
terutama dalam bidang pertanian. Pada 14/1/2015, kami telah menemu ramah salah
seorang pegawai yang bertugas dalam Jabatan Pertanian bagi mendapatkkan
beberapa maklumat mengenai projek kami.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Jabatan
Pertanian Bintulu, Sarawak, mereka mendapati bahawa pasaran ikan keli di Sarawak
agak kurang terutama di kawasan Bintulu kerana beberapa faktor. Antara faktor
yang mempengaruhi pasaran ikan keli adalah kepelbagaian kaum di Sarawak
menyebabkan terdapat pelbagai persepsi mengenai ikan keli seperti hanyir, susah
untuk dibersihkan dan bagi yang Muslim, mereka mengkhuatiri ikan keli yang
diternak oleh orang bukan Muslim. Selain itu juga, harga ikan keli di Bintulu
adalah lebih tinggi (RM 10.00-RM 14.00/kg) berbanding harga di kawasan lain di
Sarawak seperti Kuching (RM 7.00/kg)menyebabkan pengguna lebih cenderung untuk
membeli ikan lain seperti tilapia yang lebih murah. Hal ini kerana kekurangan
pembekal menyebabkan ikan keli lebih mahal berbanding ikan lain. Kebanyakkan
penternak di Bintulu lebih menternak secara kecil-kecilan. Walaubagaimanapun,
permintaan terhadap ikan keli di Bintulu masih tinggi kerana kebanyakkan
penduduk terutama daripada Semenanjung Malaysia yang berada di Bintulu lebih
gemar makan ikan keli berbanding ikan lain. Oleh itu, bagi menggalakkan
penternak di Bintulu untuk menternak ikan keli, Jabatan Pertanian telah
mengambil beberapa inisiatif untuk meningkatkan hasil penternakan ikan keli di
Bintulu.
Antara beberapa langkah yang diambil oleh
Jabatan Pertanian untuk meningkatkan hasil penternakan ikan keli adalah merancang
untuk membuat penternakan ikan keli secara komersial dalam Rancangan Malaysia
ke-11. Seterusnya, Jabatan Pertanian juga memproses ikan keli iaitu pembiakan
anak ikan keli yang dilakukan dalam kanvas di Mukah.
Bagi memastikan penternakan atau projek yang
dilakukan mudah untuk mendapatkan bantuan Jabatan Pertanian, peserta digalakkan
untuk mendaftar bagi mendapatkan lesen. Lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan
Pertanian hanya boleh digunakan dalam urusan Jabatan Pertanian. Antara syarat
yang ditetapkan untuk memohon lesen kolam adalah mempunyai tapak khas untuk
menjalankan projek. Dokumen yang perlu dilampirkan bersama borang adalah
salinan kad pengenalan/sijil pendaftaran syarikat dan gambar bersaiz passport.
Lesen tersebut perlu diperbaharui setiap tahun. Setelah memohon lesen daripada
Jabatan Pertanian, pihak yang bertanggungjawab akan memantau projek dan membuat
kajian di kawasan projek.
Disamping itu, Jabatan Pertanian juga
menyediakan bantuan lain kepada petani dan juga penternak dimana terdapat 2
projek besar yang disediakan oleh Jabatan Pertanian. Projek yang pertama adalah
“Commercial Agriculture Project” (CAP). Projek ini diberikan kepada peserta
yang memohon dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Bantuan yang diberikan
berjumlah RM 40,000.00-RM 100,000.00. Projek yang kedua adalah Unit Bantuan
Perikanan (UBP). Bantuan ini diberikan dalam bentuk skim kepada peserta yang
memohon. Antara bantuan yang diberikan adalah peralatan penternakan dan juga
makanan ikan yang bernilai RM 2,000.00.
Cara untuk memohon bantuan atau projek yang
disediakan oleh Jabatan Pertanian adalah dengan mengisi borang permohonan yang
boleh didapati di pejabat Jabatan Pertanian yang berdekatan. Antara
syarat-syarat permohonan adalah melesenkan tapak projek yang didaftar bawah
Perikanan Darat, pemohon perlulah warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke
atas dan projek yang dilakukan perlulah dimulakan walaupun secara
kecil-kecilan.
Selain dari itu, bantuan yang diberikan oleh
Jabatan Pertanian adalah khidmat nasihat dan kawalan penyakit. Bagi pemohon
yang menghadapi masalah, pihak yang bertanggungjawab akan turun ke tapak projek
bagi membantu untuk menyelesaikan masalah pemohon. Seterusnya, Jabatan
Pertanian juga menyediakan perkhidmatan kursus setiap tahun, dimana kursus
tersebut merupakan pusat latihan di (ATC) dan kursus asas diberikan mengikut
seksyen. Kursus yang diberikan adalah secara percuma. Cara untuk mengikuti
kursus yang disediakan adalah dengan mendaftar di pejabat Jabatan Pertanian.
Kursus yang disediakan hanya boleh menampung seramai 20-30 orang kerana tempat
tersebut terhad dan penggunaan teknologi yang tidak secanggih di Semenanjung
Malaysia. Kursus yang diadakan sering dilakukan di Semenggok kerana kemudahan
yang lebih lengkap. Bantuan lain yang diberikan oleh Jabatan Pertanian adalah
memberi bekalan anak benih ikan kepada penternak yang sukar mendapatkan
bekalan. Walaubagaimanapun, jika Jabatan Pertanian tidak dapat memberi bekalan
anak benih, mereka akan cuba menghubungkan penternak dengan pembekal.
Seterusnya, Jabatan Pertanian juga bekerjasama dengan agensi-agensi lain
seperti MARDI untuk mengadakan ‘Hari Peladang’. Hari tersebut diadakan bagi
membantu petani dan penternak untuk mempromosikan hasil pertanian yang mereka
lakukan.
Walaubagaimanapun, jika penternak gagal untuk
melaksanakan projek, penternak perlu mengisi borang untuk keluar atau menulis
surat menyatakan bahawa mereka ingin berhenti untuk meneruskan projek. Oleh
itu, bagi memastikan penternak berjaya dalam melaksanakan projek mereka, pihak
Jabatan Pertanian akan memantau sehingga pendapatan mereka mencapai RM 3,000.00
sebulan. Hal ini kerana berikut merupakan sasaran pendapatan yang ditetapkan
oleh kerajaan kepada petani dan penternak.
No comments:
Post a Comment