Monday, 23 February 2015


Operasi Syarikat


       Projek perniagaantani bagi syarikat kami ialah Projek ternakan keli . Seperti yang sedia maklum nama syarikat kami ialah Ternakan Keli Enterprise. Bagi bahagian operasi syarikat, kami beroperasi di sekitar kawasan Bintulu, di Kampung Tatau Baru yang berdekatan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Tatau. Ini merupakan satu peluang bagi syarikat kami dimana permintaan terhadap pasaran ikan keli di bandar Bintulu ini sangat tinggi namun tiada pengusaha yang menjalankannya. Anak benih keli bagi ternakan ikan keli kami dapatkan daripada pembekal dari Kuching. Anak benih keli ini berharga 30sen seekor.  Kebiasaanya kami membeli sebanyak 1500-1700 ekor bagi satu kolam ternakan keli kami. Jadi, secara keseluruhannya kami membeli benih ikan keli secara pukal iaitu berjumlah 50 ribu ekor.
      Untuk pembahagian pemakanan keli, kami memberi ikan makan sebanyak dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan waktu petang. Pada waktu pagi, ikan diberi makan sebanyak 20kg pellet yang kami beli daripada pembekal dari Miri, begitu juga pada waktu petang. Kebiasaanya, aktiviti pembersihan kolam dilakukan apabila air kolam mulai keruh dan juga jika terdapat ikan mati didalam kolam.

     Selain itu, bagi bahagian operasi syarikat kami, kami juga menitikberatkan mengenai pengurusan kesihatan ikan ternakan kami. Untuk mengetahui samada ikan keli ternakan kami sihat ataupun tidak, kami memohon bantuan daripada Jabatan Pertanian untuk membuat pantauan terhadap kolam ikan keli kami. Justeru itu, pihak Jabatan Pertanian bertanggungjawab untuk memantau tahap kesihatan ikan keli bagi kolam ternakan kami. Dan jika terdapat sebarang masalah ataupun penyakit terhadap ikan kami mereka akan memaklumkan kepada kami dan pihak syarikat kami akan segera bertindak balas dengan mengambil tindakan sewajarnya. Antara peralatan yang digunakan adalah seperti penyaut ikan, penimbang serta berus untuk memcuci kolam. Bagi pembinaan kolam dan sistem perpaipan kolam kami menggunakan khidmat kontraktor. Ini bermakna segala aktiviti pembinaan kolam pihak kontraktor yang akan menguruskannya.  Manakala bagi penghantaran ikan jika terdapat sebarang tempahan, kami akan menggunakan kenderaan syarikat untuk melakukan penghantaran itu. 

No comments:

Post a Comment