SWOT Analisis
Kekuatan (Strength)
- Dapat memenuhi pasaran/ permintaan di Bintulu kerana kurang pembekal di kawasan Bintulu.
- Keyakinan pelanggan dan kebersihan ikan keli terutama dari segi pemakanan ikan keli dan kebersihan kolam tersebut.
- Menyediakan servis yang lebih baik daripada syarikat lain. Contohnya, sevis penghantaran yang cepat dan memastikan penghantaran tiba tepat pada masanya.
- Keselamatan produk lebih terjamin kerana sering dipantau oleh Jabatan Pertanian untuk memeriksa tapak projek dan cara penyelenggaraan ikan keli.
Kelemahan (Weakness)
- Pasaran ikan keli syarikat kami terhad kerana hanya tertumpu di sekitar Bintulu dan tidak menyeluruh di negeri Sarawak.
- Kebanyakkan pengguna terutamanya di Bintulu tidak mengetahui mengenai khasiat ikan keli. Jadi mereka lebih menjurus untuk membeli ikan lain seperti ikan tilapia.
Peluang (Opportunity)
- Terdapat banyak permintaan ikan keli di Bintulu tetapi kurang pembekal di sekitar Bintulu. Oleh itu, kami mengambil peluang ini untuk memenuhi permintaan tersebut.
- Mudah untuk mendapatkan bantuan daripada agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian.
Ancaman (Threat)·
- Susah untuk melakukan pembiakan anak benih ikan keli kerana pembiakan anak benih ikan keli memerlukan teknik khas. Jadi kami perlu membeli anak ikan keli bagi melakukan penternakan.
- Mendapat persaingan dengan pembekal ikan tilapia kerana kebanyakkan pengguna lebih menjurus untuk membeli ikan tilapia.
- Susah untuk mendapatkan bantuan pinjaman kewangan kerana syarikat masih baru beroperasi dan tidak stabil.
No comments:
Post a Comment