Pemasaran
1. . Analisis pemetakan
pasaran
Pendekatan pemetakan
® Pemetakan
yang kami cuba dekati adalah penduduk yang menggemari ikan keli terutama di
sekitar kawasan Bintulu, Miri, Sibu dan Mukah
Keperluan pemetakan
® Memerlukan
bekalan ikan keli yang segar dengan harga yang berpatutan. Hal ini kerana
kebanyakkan ikan keli yang dihasilkan kurang berkualiti dan mahal.
Potensi pemetakan
® Penduduk
yang menggemari ikan keli sukar untuk mendapatkan bekalan kerana kurang
pembekal untuk membekal ikan keli. Jadi permintaan terhadap ikan keli adalah
tinggi tetapi kekurangan bekalan. Oleh itu, kami mengambil kesempatan ini untuk
memenuhi permintaan pasaran.
2.
Analisis pemasaran
persekitaran
(Pemasaran
Persekitaran Makro)
Demografi
® Populasi
penduduk di Sarawak adalah sebanyak 2.55 juta. (info daripada http://ww1.utusan.com.my/info.asp?y=2010&dt=0708&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_04.htm
pada 24/2/2015) Antara lokasi yang kami sasarkan untuk memasarkan produk kami
adalah Bintulu, Sibu, Miri dan Mukah.
® Selain
itu, terdapat banyak kedai makan di Sarawak yang lebih menumpukan terhadap
masakan Semenanjung bagi menarik minat pelanggan. Oleh itu, mereka memerlukan
bekalan ikan keli bagi menjalankan perniagaan.
Ekonomi
® Kos
sara hidup bagi penduduk di Bintulu lebih tinggi berbanding kawasan lain kerana
kebanyakkan oenduduk di Bintulu lebih tertumpu dalam sektor perindustrian
menyebabkan kos sara hidup di Bintulu lebih tinggi.
Semula jadi
® Penternakan
ikan keli sama sekali tidak mencemarkan alam sekitar kerana tidak menggunakan
bahan-bahan yang merbahayakan seperti racun, sisa buangan dan lain-lain. Selain
itu, makanan ikan yang digunakan tidak merbahaya dan tidak mempunyai kandungan
bahan kimia yang tinggi.
Teknologi
® Kami
menggunakan media massa seperti laman sosial, sepanduk, risalah, dan lain-lain
bagi melakukan pengiklanan mengenai produk yang kami sediakan. Melalui
penggunaan teknologi, pemasaran kami lebih meluas dan mudah untuk mengiklankan
produk kami tanpa mengeluarkan kos yang sangat tinggi.
Politik
® Bagi
meyakinkan pengguna bahawa produk ikan keli kami adalah satu produk yang halal
dan berkualiti, kami cuba mendapatkan pengiktirafan daripada HACCP atau SALM
bagi membuktikan bahawa proses penyelenggaraan kami ini diyakini dan
berkualiti.
Kebudayaan
® Kebanyakkan
penduduk di sekitar Sarawak lebih menggemari makanan yang segar dan berkualiti.
® Kebanyakkan
penduduk di sekitar Sarawak juga lebih menggemari ikan air tawar kerana faktor
kemudahan untuk mendapatkan bekalan. Hal ini kerana Sarawak mempunyai banyak
sungai dan sesuai untuk melakukan penternakan. Jadi bekalan bagi ikan air tawar
lebih mendapat sambutan berbanding ikan air laut. Antara ikan air tawar yang
sering mendapat sambutan adalah ikan tilapia merah, ikan siakap, ikan keli dan
lain-lain.
(Pemasaran
Persekitaran Mikro)
Syarikat
® Misi-
Menjadi syarikat pembekal utama ikan keli di sekitar
Bintulu yang berasakan kualiti
® Visi-
Menjadi pengeluar ternakan yang berpotensi mencecah
pasaran ikan air tawar di seluruh Borneo.
Pembekal
® Bagi
pernigaan kami, bekalan anak benih kami perolehi daripada salah seorang
pembekal daripada Kuching. Pembekal tersebut adalah Aqua Academy. Alamat pusat
ternakan di Aqua Academy, Lot 961, Jalan Tan Sri Abg Ikhwan, Kampung Semerah
Padi Petra Jaya 93050, Kuching Sarawak.
Pesaing
® Perniagaan
yang baru bermula tidak setanding dengan pasaran yang sudah meluaskan
pasarannya di seluruh negara. Bagi kami yang baru berjinak dengan bidang
perniagaan pastinya menghadapi pesaing yang hebat dalam memasarkan produk kami.
Pesaing utama kami ialah penternak ikan keli di kolam BDA.
Awam
® Bagi
syarikat kami, jenis awam yang kami gunakan adalah agensi kerajaan awam iaitu Jabatan
Pertanian. Jabatan Pertanian adalah sebuah agensi kerajaan yang membantu kami
dalam proses penyelenggaraan ikan keli. Hal ini kerana mereka lebih mengetahui
mengenai cara penjagaan, penyakit dan pengurusan ikan keli. Oleh itu, dengan
bantuan daripada Jabatan Pertanian kami dapat menghasilkan ikan keli yang lebih
berkualiti.
Pelanggan
® Pelanggan
adalah masyarakat yang membeli produk. Jadi, bagi produk kami, pelanggan yang
kami sasarkan adalah pasaran perniagaan iaitu pelanggan yang membeli produk kami
bagi tujuan untuk melakukan perniagaan, terutamanya kedai makan di sekitar
Sarawak. Selain itu adalah pasaran pelanggan dimana kami menjual produk kami
secara terus kepada pengguna untuk kegunaan seharian. Seterusnya, adalah
pasaran jualan semula iaitu pemborong atau peruncit yang membeli produk kami
dengan kuantiti yang banyak untuk dijual semula.
3.
Pelan pemasaran
(Campuran Pemasaran)
i.
Produk
Huraian produk
® produk yang kami hasilkan adalah ikan keli
segar yang diternak di dalam kolam dengan penjagaan yang rapi bagi memastikan
ikan tersebut mempunyai kualiti yang baik.
® Membekalkan
bekalan makanan yang berkualiti tinggi iaitu pellet kepada ternakan bagi
memastikan kualiti hasilan produk berada pada tahap yang baik.
® Tidak
menggunakan bahan kimia dalam proses
ternakan seperti racun rumpai untuk pembersihan kolam.
Ciri-ciri dan kelebihan
produk
® Syarikat
kami menghasilkan produk ini bagi memenuhi keperluan pasaran. Hal ini kerana
permintaan terhadap ikan keli di sekitar Sarawak adalah tinggi tetapi kurang mempunyai
pembekal yang dapat memenuhi permintaan tersebut. Jadi kami mengambil
kesempatan tersebut untuk memenuhi pasaran di sekitar Sarawak.
® Syarikat
kami juga mengutamakan kualiti produk kami iaitu ikan keli. Kami memastikan
kualiti produk ini terjaga dengan mengawal kebersihan kolam dan pemakanan agar
ikan keli tersebut tidak dijangkiti penyakit dan selamat dimakan.
® Kami
juga menyediakan servis penghantaran secara percuma kepada pelanggan yang
membeli dengan kuantiti yang banyak terutamanya kedai makan. Penghantaran hanya
dilakukan di sekitar Bintulu sahaja.
® Harga
yang ditetapkan oleh syarikat kami lebih berpatutan dan mengikut harga pasaran
berbanding pesaing yang menjual dengan harga yang lebih tinggi iaitu RM 12.00-
RM 15.00 / kg.
Strategi kualiti produk
® Strategi
yang digunakan dalam syarikat kami untuk menentukan produk yang kami pasarkan
berkualiti adalah syarikat kami telah meminta bantuan daripada Jabatan
Pertanian bagi memantau dan melatih cara penjagaan ikan keli dengan baik.
® Selain
itu, kami juga cuba mendapatkan pengiktirafan daripada HACCP dan juga SALM
terhadap produk kami bagi meyakinkan pelanggan bahawa produk kami adalah
berkualiti.
Strategi servis produk
® Dari
segi servis pula syarikat kami telah menyediakan servis penghantaran secara percuma
kepada pelanggan di sekitar Bintulu yang membeli dengan kuantiti yang banyak
terutamanya kedai makan.
Anggaran kos
® RM
10 / kg
ii.
Harga
strategi asas penetapan
harga
® kami
menggunakan strategi harga berdasarkan pesaingan (competitive-based pricing). Melalui
strategi ini, kami menetapkan harga yang bersesuaian agar dapat bersaing dalam
pasaran. Walaupun harga kami lebih rendah berbanding peasiang tetapi masih
mendapat keuntungan.
® Kami
juga menggunakan strategi harga pukal (bundle pricing). Dalam strategi ini,
kami memberi pengurangan harga kepada pelanggan yang membeli dalam kuantiti
yang banyak.
iii.
Tempat
Saluran yang digunakan
dalam menyebarkan produk
® Perniagaan
kami menggunakan kaedah saluran jualan secara langsung. Saluran secara langsung
ialah penjualan dari pengeluar terus kepada pengguna tanpa pengantara. Jadi,
kami pengeluar menjual terus kepada pengguna tanpa menggunakan mana-mana
peruncit sebagai orang tengah. Melalui kaedah ini, kami mendapat lebih
keuntungan kerana tidak perlu mengeluarkan kos untuk membayar kepada pengantara
untuk menjual produk kami.
iv.
Promosi
Objektif keseluruhan
promosi
® Untuk
memperkenalkan hasil produk kepada pelanggan kerana baru dikeluarkan. Jadi
dengan melakukan promosi pelanggan lebih mengenali dan mengetahui kewujudan
produk yang kami hasilkan.
® Dapat
meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap produk kami. Dengan melakukan
promosi, pelanggan dapat mengetahui akan kualiti dan kelebihan produk yang
dihasilkan.
® Mampu
berdaya saing dengan pesaing yang sedia ada kerana promosi yang baik dapat
menarik minat pelanggan untuk membeli produk.
® Dapat
memperluaskan pasaran jualan kerana penggunaan teknologi iaitu media masa mampu
menyebarkan maklumat mengenai produk kami dengan cepat dan berkesan.
Pengiklanan
® Kami
melakukan pengiklanan dengan membuat sepanduk untuk diletakkan ditempat jualan.
Tujuan sepanduk tersebut dibuat adalah untuk memaklumkan kepada pelanggan
bahawa produk yang kami hasilkan dan sekaligus menarik minat pelanggan untuk
membeli produk kami.
® Kami
juga membuat kad perniagaan untuk syarikat kami. Tujuan kad pernigaan tersebut
adalah untuk memudahkan pelanggan menghubungi kami bagi membuat tempahan dan
sebagainya.
® Kami
turut melakukan pengiklanan di laman sosial seperti “facebook” dan blog. Hal
ini kerana laman sosial tersebut mudah untuk dimuat naik dan mempunyai bilangan
pengguna yang ramai.
Kos pemasaran:
Item
|
Harga (RM)
|
Kuantiti
|
Jumlah Harga (RM)
|
Sepanduk (banner)
|
60.00
|
2 keping
|
120.00
|
Kad perniagaan
|
0.50
|
1000
keping
|
500.00
|
Laman sosial
|
-
|
-
|
-
|
Jumlah
|
620.00
|
Tumpang Iklan Admin
ReplyDeleteAssalamualaikum w.b.t. kepada tuan/puan/pengusaha makanan yang mahu menempah Ikan Keli boleh pm kami. Ikan Keli kami suci,bersih dan halal. Keli hidup Sekilo RM 6.00 sahaja, percuma COD kawasan Kapar/Klang/Shah Alam/Kuala Lumpur.
Hubungi/WhatsApp ke talian
018-8710 949 (Pejabat)
012-970 4797 (Kusyaz)
017-200 8486 (Pak Tengku)
#BMF
#ikankeli
#halalfood
Terima kasih admin, semoga dilimpahi rezeki yang halal. Aamiin.